BERITA PRU15   Gerakan minta ahlinya fokus PRN tahun depan - Dominic Lau | PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri | PRU15: Kemenangan di Padang Serai hadiah terbaik untuk PM - Calon PH | PRU15: Kemenangan di Padang Serai akan beri semangat baharu kepada BN - Sivaraj | Ahli Parlimen Bebas dari Kudat sokong kerajaan perpaduan | 
AM

Presiden Turkiye telefon, ucap tahniah kepada Anwar

24/11/2022 11:43 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah kepadanya, beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Panggilan itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri.

Dalam perbualan telefon yang berlangsung selama kira-kira 10 minit, Anwar  menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan anda,” katanya kepada Erdogan.

Anwar memberitahu sidang media bahawa terdahulu beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Indonesia Joko Widodo yang menyampaikan ucapan tahniah, dan ucapan sama turut diterima daripada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Anwar, 75, hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan