EKONOMI

MALAYSIA CATAT JUALAN RM67.05 JUTA DARIPADA MISI PERDAGANGAN KE MANILA - MATRADE

26/09/2022 09:13 PM

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia meraih jualan eksport bernilai RM67.05 juta daripada Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Manila, Filipina yang berlangsung dari 22 hingga 26 Ogos, 2022.

EAM itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Bank.

MATRADE dalam satu kenyataan hari ini berkata lebih 140 mesyuarat perniagaan diatur antara 12 syarikat Malaysia dengan rakan kongsi berpotensi dari Filipina.

“Kerjasama strategik antara MATRADE, KUSKOP dan SME Bank menandakan kepentingan sinergi dalam ekosistem perdagangan untuk mengukuhkan perdagangan Malaysia dan yang paling penting, daya saing antara pengeksport kita di peringkat global,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE Abu Bakar Yusof.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan