BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
AM

Baharuddin Ahmad dilantik Pengarah Cawangan Khas

24/09/2022 12:41 AM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Datuk Baharuddin Ahmad, dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 25 Okt ini.

Beliau memangku jawatan jawatan Pengarah Cawangan Khas sejak 22 Ogos lalu berikutan persaraan Datuk Seri Zamri Yahya.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, dalam kenyataan malam ini, berkata Baharuddin akan memangku Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A.

Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP) sementara Ketua Cawangan Khas Johor, SAC Jalaludin Hamid, mengisi jawatan Ketua Penolong Pengarah E4 dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Beliau berkata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pula dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan dengan memangku jawatan CP, manakala Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP.

“Selain itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” katanya.

Sementara itu, Noorsiah, berkata Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), M. Kumar pula dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.

Penolong Pengarah Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, ACP Mohd Faisal Yahya mengisi tempat Kumar dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Johor, ACP Md Khair Othman pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Kesemua mereka antara 10 daripada 26 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 25 Okt ini.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan