BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
AM

Banjir: Perak sedia30 bot baharu di balai polis daerah

24/09/2022 12:28 AM

IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak menyediakan penambahan sebanyak 30 buah bot baharu bersaiz sederhana di semua balai polis daerah dalam usaha membantu operasi keselamatan dan menyelamat mangsa ketika banjir tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata kesemua bot tersebut, yang setiap satu boleh menampung sembilan orang, telah diserahkan kepada setiap balai polis daerah bulan lepas.

“Selain itu, simulasi bencana banjir melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan sukarelawan  telah diadakan secara berperingkat pada Jun lalu di bawah seliaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahmin,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, di sini, malam ini.

Ditanya mengenai mesyuarat tersebut, Saarani, yang juga Pengerusi UMNO negeri, berkata, persiapan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) negeri kini di tahap memuaskan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 -- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan