BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
SUKAN

Kepulangan wira sukan Komanwel disambut meriah

06/08/2022 11:35 PM

SEPANG, 6 Ogos (Bernama) -- Kepulangan barisan wira negara yang berjuang mengharumkan nama Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 disambut dalam suasana meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ketibaan mereka antaranya tiga pemenang pingat emas iaitu dua atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin serta jaguh powerlifting Bonnie Bunyau Gustin disambut ahli keluarga, peminat dan persatuan sukan dengan jambangan bunga dan tepukan gemuruh.

Orang ramai turut meraikan atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat yang meraih perak, atlet judo yang merangkul gangsa Amir Daniel Abdul Majeed dan beberapa atlet lain.

Turut hadir adalah Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat.

Mohamad Aniq penyumbang emas pertama menerusi kategori 55 kilogram (kg) lelaki dan Muhamad Aznil menyumbangkan emas kedua dalam kategori 61 kg lelaki sementara Bonnie menyumbangkan emas keempat dalam kategori lightweight bawah 72 kg.

Muhammad Erry meraih perak kategori 73 kg lelaki dan Amir Daniel Abdul Majeed raih gangsa menerusi kategori 73 kg lelaki.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan