BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
AM

Sukan Komanwel : PM ucap tahniah atas kejayaan Joe Ee sumbang dua emas

06/08/2022 10:25 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

“Ng Joe Ee yang baru berusia 16 tahun membanggakan negara dengan dua pingat emas. Anda kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Joe Ee yang membuat penampilan sulung di temasya itu, menyumbang emas menerusi disiplin bola dan riben selepas merekodkan masing-masing  29.700 dan 27.800 mata dalam aksi akhir di Arena Birmingham itu.

Dua emas itu sekali gus membantu kontinjen negara mencapai sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel 2022.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan