BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
AM

RANGKA KERJA KECEKAPAN SISWAZAH MCKL PASTIKAN PELAJAR PENUHI KEPERLUAN PEKERJAAN

04/07/2022 07:04 PM

Oleh Teh Kuan Hong

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Rangka Kerja Kecekapan Siswazah Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) memastikan siswazahnya dilengkapi dengan kemahiran dan sikap yang betul serta relevan untuk industri perniagaan dan berasaskan teknologi masa kini.

Pengetua merangkap Dekan Akademik MCKL Dr Gerard Boey berkata kemahiran digital yang menjadi aset penting bukan hanya dalam industri pekerjaan tetapi juga kehidupan seharian, adalah sebahagian daripada rangka kerja untuk membangunkan kecekapan yang betul bagi tujuan keselamatan pekerjaan.

“Tambahan pula, ia adalah rangka kerja pembangunan holistik untuk membantu siswazah memenuhi keperluan tempat kerja yang pantas berubah disebabkan Internet Benda (IoT) dan inovasi yang mengganggu.

“Malah, program merentas disiplin seperti teknologi kewangan, menggabungkan pelbagai disiplin yang meningkatkan disiplin tradisional supaya siswazah baharu mampu menghadapi teknologi, data raya dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya kepada Bernama dalam temu bual secara dalam talian baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Gerard berkata Rangka Kerja Kecekapan Siswazah itu merangkumi tiga nilai teras - pengetahuan, kemahiran dan sikap - yang mesti dimiliki setiap pelajar MCKL sebaik sahaja menamatkan pengajian.

“Di MCKL, kami melatih pelajar untuk mahir memindahkan kemahiran yang dipelajari merentasi domain dan disiplin berbeza, bukannya berpegang kepada satu sahaja, sambil menjadi individu yang pintar dalam bidang digital dan cekap dalam pengumpulan maklumat, penggunaan media dan teknologi.

“Tetapi yang penting, menerusi rangka kerja ini, kami menyemai sikap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar yang merupakan ciri penting dalam menghadapi gangguan inovasi yang telah menjadi perkara biasa berikutan peningkatan pengetahuan daripada kerjasama yang merentasi sempadan, penyelidikan dan penemuan,” katanya.

Dr Gerard berkata kemahiran 4C iaitu critical thinking (pemikiran kritis), creativity (kreativiti), collaboration (kerjasama) dan communication (komunikasi) juga sebahagian daripada rangka kerja, walaupun ia adalah kemahiran asas yang sepatutnya dipelajari sejak usia muda.

Beliau berkata kebanyakan lepasan sekolah menengah tidak memiliki kemahiran 4C yang mencukupi berkemungkinan disebabkan kekurangan latihan di sekolah kerana kebanyakan mereka hanya tertumpu untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik.

“Kami melatih pelajar untuk menghadapi dunia. Kemahiran 4C ini sangat penting walaupun ia asas. Pelajar mempunyai masa yang sukar untuk bercerita tentang diri mereka semasa temu duga, tetapi masih belum terlambat untuk membangunkan kemahiran berkenaan,” katanya.

Bagi mengukuhkan objektif rangka kerja, MCKL baru-baru ini bekerjasama dengan Fave Group dan Deakin University di Australia antara lain untuk memastikan pelajarnya memenuhi keperluan dunia pekerjaan.

Turut sama dalam temu bual dalam talian itu ialah Dekan Bersekutu Antarabangsa dan Perkongsian, Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang Deakin University, Australia Prof Colin Higgins dan pengasas bersama Fave Group Yeoh Chen Chow, yang berharap kerjasama dengan MCKL itu akan membuka laluan kepada siswazah memasuki sektor tenaga kerja dengan pemikiran global.

“MCKL menarik Deakin University Australia kepada perkongsian ini kerana komitmennya terhadap nilai pembelajaran sepanjang hayat yang ditanam dalam diri pelajar mereka melalui rangka kerja ini.

“Idea mereka untuk membangunkan profesional holistik adalah sebab kami dengan bangganya bekerjasama dengan mereka. Kami boleh saling melengkapi dengan falsafah membangunkan tenaga kerja, profesional dan masyarakat masa depan,” kata Prof Colin.

Yeoh pula berkata: “Sebagai satu daripada panel penasihat industri MCKL, kami (Fave) memahami apa yang dilalui pelajar dan seterusnya membina sinergi dan aliran maklumat selaras dengan rangka kerja ini.

“Ini bagi memastikan apa yang mereka pelajari kekal relevan dengan keperluan pekerjaan terkini”.

Prof Colin berkata pelajar yang memiliki pemikiran global adalah aset kepada industri pekerjaan hari ini kerana ia penting manakala menurut Yeoh, selain itu, mereka juga perlu memahami persekitaran tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mckl.edu.my.

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi MCKL, Kampus KL menerusi emel ke admission@mckl.edu.my atau menelefon di talian +603-2300 0998.

Untuk Kampus Pykett, Pulau Pinang, sila emel ke admission.pg@mckl.edu.my, atau menghubungi di talian +604-217 5088.

Ikuti MCKL di media sosial rasminya di Facebook dan Instagram @MethodistCollegeKL.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan