BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
AM

Berita ringkas Bernama: 23 Jun

23/06/2022 11:54 PM

MAPIM LANCAR TABUNG BANTUAN KEMANUSIAAN GEMPA BUMI AFGHANISTAN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Afghanistan susulan bencana yang melanda negara itu semalam. 

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan berkata, tabung itu dilancarkan dengan kerjasama Kedutaan Afghanistan di sini. 

Beliau turut menyeru badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan di Malaysia untuk bersama dalam usaha bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan dalam masa terdekat.

“MAPIM sedia bersama mana-mana NGO di peringkat nasional dan antarabangsa untuk berkoordinasi menyampaikan bantuan kecemasan ke Afghanistan dengan kadar segera,” katanya. 

-- BERNAMA

 

DRAF PINDAAN AKTA DBP 1959 HOLISTIK, BUKAN HANYA LIBATKAN PENGUATKUASAAN 

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Draf pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bukan hanya membabitkan soal penguatkuasaan, khasnya aspek hukuman sebaliknya ia bersifat holistik, kata  Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan. 

Awang Sariyan dalam satu kenyataan hari ini berkata, aspek yang diberi penekanan dalam draf pindaan itu ialah peranan DBP sebagai badan bahasa utama di negara ini dalam bidang pentauliahan, penarafan, pelesenan, penguatkuasaan, perbadanan dan pengantarabangsaan. 

Menurutnya, aspek-aspek pindaan yang dicadangkan itu penting untuk pengisian fungsi DBP. 

“Jika draf cadangan pindaan Akta DBP diluluskan, DBP mempunyai wibawa dan wewenang yang lebih jelas dalam pemenuhan fungsinya sebagai badan berkuasa bahasa yang utama di negara ini,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

POLISI ELV: PENYELIDIK UKM BUAT KAJIAN ATASI ISU KENDERAAN BURUK, KERETA TERSADAI

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pasukan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang menjalankan kajian mengenai polisi “End of Life Vehicle” (ELV) bagi mengatasi isu kenderaaan buruk atau kereta tersadai. 

Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM Prof Dr Rozmi Ismail berkata kajian itu akan melihat kepada beberapa perkara berkaitan cadangan polisi seperti penetapan usia dan ciri-ciri kenderaan yang tidak selamat dan sesuai untuk dilupuskan.

“Data menunjukkan lebih tujuh juta kenderaan buruk tersadai di merata tempat di Malaysia, bayangkan apa akan berlaku dalam 20 tahun lagi jika pemilik tidak ada kesedaran untuk melupuskan kenderaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, bagi merealisasikan polisi seperti itu banyak perkara perlu diambil kira seperti keperluan golongan berpendapatan rendah dan lain-lain.

-- BERNAMA 


 
 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan