BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
AM

MAFI dapatkan pandangan industri perkasa sektor perikanan laut dalam

23/06/2022 07:46 PM

PASIR PUTEH, 23 Jun (Bernama) -- Sektor perikanan laut dalam perlu diperkasa kerana ia memiliki potensi sebagai sumber pendapatan lumayan kepada pemain industri, seterusnya memastikan sumber bekalan terjamin, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata bagi tujuan tersebut, kementerian akan mendapatkan pandangan serta saranan daripada pihak industri bagi mengubah dan meletakkan perikanan laut dalam sebagai industri lebih kondusif, pada masa hadapan.

“Dalam masa yang sama kita juga akan mendengar dan mengambil kira permasalahan yang mereka hadapi, untuk merangka satu dasar yang sesuai dengan kehendak mereka.

“Ini termasuk melihat semula gesaan supaya kerajaan mengeluarkan subsidi bahan api kepada bot-bot nelayan kelas C2, yang diberhentikan pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat kilang ikan Gelombang Utama Sdn Bhd di Tok Bali, di sini hari ini.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan