BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
EKONOMI

SERBA DINAMIK RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN KESELURUHAN CSR MALAYSIA 2021

30/11/2021 09:09 PM

KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Serba Dinamik Holdings Bhd meraih Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan bagi tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada majlis Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2021.

Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan CSR Malaysia untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mana-mana pihak yang berusaha dan menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun melalui komitmen CSR.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata Serba Dinamik telah membelanjakan RM2.13 juta sebagai peruntukan CSR untuk tempoh Jun hingga Disember 2021.

“Serba Dinamik tampil ke hadapan dalam membantu masyarakat di seluruh negara ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, dengan menyalurkan pelbagai sumbangan termasuk kepada tenaga barisan hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata Serba Dinamik sangat komited dalam meneruskan dan melipatgandakan usaha murni dalam membantu masyarakat sekeliling melalui CSR pada 2022 dan tahun yang akan datang.

Mohd Abdul Karim berkata aktiviti CSR Serba Dinamik menumpukan bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan semantik am melalui satu pasukan khas yang digelar ‘Serba Care Team’

Beliau berkata tiga objektif utama penubuhan Serba Care Team adalah berteraskan pendidikan dan pembelajaran, kesejahteraan sosial serta pembangunan modal insan.

“Pasukan ‘Serba Care Team’ ini memberi perhatian kepada aktiviti membasmi kelaparan dan malnutrisi, mempromosikan pendidikan serta penjagaan kesihatan, membantu golongan yang memerlukan, menyokong persekitaran yang mampan dan projek pembangunan luar bandar,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan