BERITA COVID–19   COVID: Tiga kluster pendidikan direkodkan di Sabah Khamis | COVID: Kes harian kembali lepasi angka 5,000 | 743 pelajar di N.Sembilan positif COVID-19 - MB | Pemberian vaksin COVID-19 kanak-kanak bermula 3 Feb | Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik | 
EKONOMI

Ernst & Young masih jalankan proses kajian semula khas bebas - Serba Dinamik

25/10/2021 09:38 PM

KUALA LUMPUR, 25 Okt  -- Serba Dinamik Holdings Bhd berkata firma audit, Ernst & Young Consulting Sdn Bhd masih dalam proses menjalankan penilaian atau Kajian Semula Khas Bebas (SIR) ke atas syarikat tersebut.

Dalam maklum balasnya terhadap notis dikemukakan oleh Bursa Malaysia berhubung hasil penilaian berkenaan sebagaimana ditetapkan oleh Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR), syarikat minyak dan gas itu menyatakan “tiada sebarang dokumen atau salinan sebarang dokumen yang menepati keterangan ‘Kemas Kini Penemuan Fakta’ setakat 30 Sept, 2021, yang diberikan kepada barisan pengarah bukan eksekutif setakat Jumaat lepas.

“Terma penglibatan Ernst & Young Consulting dan syarikat bertarikh 2 Julai, 2021, telah menyatakan bahawa tiada sebarang hasil kerja itu akan diedarkan kepada mana-mana pihak termasuk pengawal selia sebelum dan/atau selepas status dikemaskini,” katanya dalam notis tersebut, hari ini.

Serba Dinamik turut menjelaskan, terma atau syarat itu juga melarang sebarang petikan atau merujuk mana-mana laporan, bahagian, ringkasan atau abstrak berkaitan dan mana-mana dokumen atau laporan daripada Ernst & Young Consulting tidak termasuk dalam perenggan 9.03 dan 9.35A MMLR tersebut.

Pada Julai lepas, Serba Dinamik telah melantik Ernst & Young Consulting untuk menjalankan kajian semula khas bebas berkenaan membabitkan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas juruaudit luarnya, KPMG PLT terhadap syarikat minyak dan gas tersebut.

-- BERNAMA 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan