BERITA COVID–19   COVID: Hanya 14 daripada 676 kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru | Vaksin: Musim tengkujuh tak jejas operasi pemberian dos penggalak | Singapura catat lebih 5,000 kes COVID-19 harian pada 27 Okt | NS minta Kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN | Hanya 1.6 peratus daripada 6,148 kes baharu COVID kategori tiga, empat dan lima - KP | 
AM

Malaysia diundi duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB penggal 2022-2024

15/10/2021 12:46 AM

KUALA LUMPUR, 14 Okt  -- Malaysia berjaya meraih 183 undi untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022-2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di laman Facebooknya malam ini berkongsi berita gembira itu.

“Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia,” katanya yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian itu.

Beliau berkata Malaysia sedia memainkan peranan aktif seperti menjadi pemudah cara bagi rundingan damai, pemboleh kerjasama dan pembina konsensus.

“Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota PBB untuk memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

“Ketika semua negara merangka kerja-kerja asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca #COVID19, hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan dalam semua usaha kita. Dalam kesatuan, demi kemanusiaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan