EKONOMI

NEUROGINE LANCAR APLIKASI MUDAH UNTUK TANGANI AKSES KEWANGAN DAN KECAIRAN

28/09/2021 11:07 PM

LABUAN, 28 Sept -- Syarikat teknologi, Neurogine Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi mudah alih, ‘Neurogine nTrade® Mobile’ untuk pengguna korporat dan runcitnya untuk menyelesaikan masalah kecairan dan akses kewangan yang berlaku dalam industri tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Neurogine, Owen Chen berkata platform Neurogine nTrade® ketika ini mencatatkan jumlah urus niaga kira-kira RM2 juta seminggu.

“Dengan pelancaran Neurogine nTrade® versi mudah alih ini yang menawarkan akses di mana sahaja, pada bila-bila masa daripada semua peranti pintar atau telefon pintar, kami menjangkakan nilai dan jumlah urus niaga akan meningkat dengan ketara serta berpotensi melebihi RM10 juta seminggu.

"Kami memahami bahawa pasaran kewangan pertukaran asing dan Sekuriti telah berada dalam kedudukan kukuh dan kemas dengan fiat digital dan urus niaga tidak seragam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata wujud perbezaan harga yang ketara di bursa saham yang disebabkan oleh halangan sedia ada apabila setiap pertukaran asing bergerak sendiri dan ia membataskan penawaran dan kadarnya.

Chen berkata gabungan terus USD/ETH di Bursa Saham A mungkin memiliki nilai berbeza di Bursa Saham B, pendekatan pelbagai gabungan di pelbagai pertukaran asing akan menghasilkan harga yang lebih baik dengan ketara.

“Usaha seperti ini memerlukan banyak sumber tetapi pembezaan utama dalam Neurogine nTrade® Mobile terletak pada mesin Kecerdasan Buatan (AI) dan algoritma unik, ia mampu memastikan pelbagai kadar daripada beberapa pertukaran asing dalam tempoh yang singkat.

"Selain itu, bergantung kepada pilihan pengguna sama ada untuk menetapkan kadar berkenaan atau membiarkannya,” katanya.

Beliau juga berkata pengesahan dua faktor (2FA) yang digunakan untuk mengesahkan identiti pengguna, digunakan untuk memperkukuhkan keselamatan akses.

Chen berkata ia telah memberi tempoh dua tahun kepada Neurogine yang mempunyai kepakaran dalam platform perbankan mudah alih, platform pembayaran mudah alih dan platform pembrokeran wang yang didorong oleh AI untuk menyiapkan Neurogine nTrade® Mobile dan kira-kira enam bulan untuk membangunkan platform itu sepenuhnya, ia direka oleh rakyat Malaysia.

Ia adalah pencapaian terbaik untuk Neurogine dan mencerminkan fokus Malaysia untuk menjadi negara yang dipacu oleh inovasi.

Chen berkata pelancaran komersial Neurogine nTrade® Mobile telah ditugaskan kepada Neurogine Capital (L) Ltd, yang dilesenkan sepenuhnya dan dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) untuk mengendalikan perniagaan pembrokeran wang Labuan dan baru-baru ini diluluskan bagi menjalankan perniagaan pengendali sistem pembayaran (PSO) Labuan.

Beliau berkata versi korporat Neurogine nTrade® Mobile diletakkan sebagai penyelesaian label untuk bank, institusi kewangan serta perniagaan perkhidmatan wang berlesen, ia dapat membuat aplikasi khusus dan dijenamakan semula sebagai milik mereka dengan perbelanjaan modal yang minimum.

"Kami dapat melengkapkan versi yang khusus dalam tempoh tiga bulan untuk membantu mempercepatkan rancangan digitalisasi mereka dan mengekalkan pemegang akaun mereka serta kekal mematuhi proses mengetahui pelanggan anda (KYC), prosedur penilaian wajar pelanggan, anti pengubahan wang haram dan keperluan pengganas membiayai kewangan,” katanya.

 

-- BERNAMA

 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan