BERITA COVID–19   Kadar penggunaan katil hospital antara faktor Kedah, Johor tidak dapat beralih Fasa PPN | COVID: Pejabat Kerajaan Negeri Sabah dibenar beroperasi kapasiti 80 peratus | Enam PPV di Johor Bahru dibuka untuk walk-in | Kampung Garib di Kudat, Sabah dikenakan PKPD bermula Rabu - MKN | COVID: Negara terus rekod kes sembuh melebihi kes baharu | 
EKONOMI

Serba Dinamik lantik Nexia sebagai juruaudit luar baharu

26/07/2021 11:59 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai  -- Serba Dinamik Holdings Bhd (SDB) telah melantik Nexia SSY PLT (Nexia) sebagai juruaudit berkanun baharu bagi syarikat itu.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin, SDB berkata langkah itu sejajar dengan ketetapan peraturan berkaitan.

“Ini mengikut Akta Syarikat 2016 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021 yang antara lainnya tertakluk kepada pelepasan KPMG PLT mengikut Undang-Undang Kecil Seksyen 320 Institut Perkaunan Malaysia,” katanya.

Menurut SDB, pengumuman lanjut berkaitan akan dibuat selepas semua ‘prosedur berkaitan yang dinyatakan’ telah selesai.

Pada 24 Jun lepas, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu telah mengumumkan mengenai tindakan KPMG menyerahkan notis melepaskan jawatan sebagai juruaudit syarikat itu berkuat kuasa serta-merta susulan saman yang difailkan oleh SDB.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan