BERITA COVID–19   Operasi Thai AirAsia digantung sementara pada Ogos susulan larangan penerbangan domestik | COVID: Kontak rapat terus jadi penyumbang tertinggi kes harian Sabah | Risiko penularan COVID, KKM cadang semua mesyuarat di Parlimen ditangguh dua minggu | Kes COVID-19 di Thailand melepasi 600,000 | COVID-19: Kes kategori 4 dan 5 berkurangan di Sarawak | 
AM

Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat - Dr Noor Hisham

22/07/2021 09:43 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai -- Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook hari ini, berkata kit berkenaan ialah Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co.,Ltd.

Sementara itu, menurut portal MDA, kit itu boleh didapati farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta.

“Penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua keputusan ujian memerlukan pengesahan lanjut menggunakan RT-PCR,” menurut MDA.

Sebelum ini, MDA memberikan kelulusan bersyarat kepada dua kit iaitu ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19’ buatan syarikat tempatan, Reszon Diagnostics International Sdn Bhd dan satu lagi kit kegunaan rumah, Gmate® COVID-19 buatan Korea Selatan, yang diberi kelulusan, kepada Citymedic Sdn Bhd.

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.

-- BERNAMA



 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan