BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
EKONOMI

FREIGH MANAGEMENT DAPAT INSENTIF CUKAI BAGI PEMBANGUNAN HAB E-DAGANG

30/06/2021 10:23 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Anak syarikat milik penuh Freight Management Holdings Bhd (FMHB), FM Global Logistics (M) Sdn Bhd (FMGLM) dikehendaki melabur sekurang-kurangnya RM245 juta untuk pembangunan hab e-dagang di Shah Alam, Selangor bagi memenuhi syarat mendapat Elaun Cukai Pelaburan.

Penyedia perkhidmatan pengangkutan itu berkata awal bulan ini, FMGLM menerima surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai semakan semula syarat-syarat untuk insentif cukai bagi industri perkhidmatan logistik bersepadu.

Surat itu menetapkan bahawa FMGLM harus membuat pelaburan dalam perbelanjaan modal yang berkaitan dengan kegiatan perkhidmatan logistik bersepadu termasuk kegiatan hab pemenuhan e-dagang, sekurang-kurangnya RM245 juta, kata FMHB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

“Syarikat akan memuktamadkan rancangan bagi pembangunan kegiatan perkhidmatan logistik bersepadu dan kegiatan hab pemenuhan e-dagang dalam mematuhi syarat-syarat surat kelulusan tersebut.

"Insentif cukai itu dijangka dapat memberikan sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan pada  masa depan," katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan