EKONOMI

SERBA DINAMIK AKTIFKAN PUSAT OPERASI TELEPORT DAN RANGKAIAN YANG PERTAMA DENGAN RAKAN KONGSI STRATEGIK

29/06/2021 08:14 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) telah mengaktifkan teleport  dan Pusat Operasi Rangkaian (NOC) pertamanya dengan rakan kongsi strategik, Network Innovations, penyedia teknologi bersepadu global.

Dalam satu kenyataan, SDGB berkata peranan utamanya dalam Nexus Ekonomi Angkasa Baharu (NSEN) ini adalah untuk melabur dalam aset dan infrastruktur bagi menyelesaikan isu yang berkaitan bumi dari ruang angkasa,

“Bagi membangunkan teknologi satelit, SDGB bekerjasama dengan peneraju industri global bagi memanfaatkan pengetahuan teknikal dan keupayaan mereka untuk pengembangan perniagaan dan kerjasama industri-akademik,” katanya.

SDGB berkata Bahagian Teknologi Angkasa Lepas itu sedang memulakan projek tanggungjawab sosial korporat untuk menyokong Kerajaan Malaysia dengan menawarkan penyelesaian kesalinghubungan ke kawasan yang kurang mendapat perhatian di empat kawasan terpilih. 

“Kesemua kawasan ini dijangka beroperasi pada minggu kedua Julai 2021,” katanya.

SDGB berkata ia juga akan mula melabur dalam aset dan infrastruktur berkaitan dengan kesalinghubungan satelit.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya, SDGB kini pada fasa reka bentuk satelit komunikasinya sendiri dengan rakan kerjasama dari seluruh dunia.

“Fasa reka bentuk ini melibatkan rakan kerjasama universiti NSEN. Pelancaran utama perkhidmatan satelit akan dimulakan tidak lama di Sarawak,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan