BERITA COVID–19   Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia | COVID: Lelaki 44 tahun kematian terbaharu di Singapura | Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin | Mulai Selasa, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan | MAECC gesa kerajaan percepat kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawat COVID-19 | 
AM

Kerajaan belum cadang beri vaksin kepada pelajar SPM 2021

11/06/2021 05:28 PM

BATU GAJAH, 11 Jun -- Kerajaan belum bercadang untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata setakat ini pemberian vaksin adalah kepada golongan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu keutamaan kepada golongan warga emas, golongan 60 tahun ke atas  dan ia perlu mengikut turutan fasa yang ditetapkan. 

"Fokus sekarang ialah kepada warga emas kemudian orang yang berkepentingan seperti mereka yang mempunyai urusan untuk ke luar negara. Kita perlu ikut urutan golongan mana yang perlu mendapatkan vaksin dahulu. 

Apabila kita buka sahaja fasa ketiga pemberian vaksin untuk golongan membabitkan dewasa berumur 18 tahun ke atas, jadi mereka boleh menerima suntikan," katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah hari ini. 

Sebelum ini Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan mencadangkan agar calon SPM 2021 dan guru, wajar dipertimbang untuk disuntik vaksin COVID-19 supaya persiapan menghadapi peperiksaan itu tidak terjejas selain membolehkan mereka menghadiri kelas bersemuka.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan