BERITA COVID–19   Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia | COVID: Lelaki 44 tahun kematian terbaharu di Singapura | Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin | Mulai Selasa, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan | MAECC gesa kerajaan percepat kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawat COVID-19 | 
AM

Gangguan bekalan air di 13 kawasan kini 80 peratus pulih

10/06/2021 09:54 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun  -- Pemulihan bekalan air di 13 kawasan sekitar ibu kota yang terjejas ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur semalam telah mencapai 80 peratus setakat 7 malam ini.

Bagaimanapun, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan yang terjejas dijangka mengalami kelewatan daripada masa yang dijadualkan.

“Tempoh pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan terjejas ialah pada 6 pagi 11 Jun 2021.

“Kelewatan pemulihan bekalan air ini disebabkan masalah teknikal di Rumah Pam Perkuat Kuari dan menyebabkan paras kolam masih belum mencapai tahap optimum. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata bantuan bekalan air melalui lori tangki akan terus digerak ke kawasan yang masih terjejas.

Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-- BERNAMA

 

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan