BERITA COVID–19   PKPD di dua lokaliti Sarawak ditamatkan | 440 individu ditahan ingkar SOP PKP semalam- Ismail Sabri | Pasar Awam Bagan Ajam ditutup tiga hari | COVID: Kes baharu 4,855 hari ini, Selangor kekal catat kes tertinggi | COVID-19: CPRC Kelantan tidak galak pengasingan di rumah | 
AM

COVID: Empat lagi kluster baharu diisytihar di Sarawak

19/04/2021 08:07 PM

KUCHING, 19 April -- Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi  kluster baharu COVID-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau, kluster Sungai Selitut di Tatau, kluster Sungai Passin di Matu dan kluster Sungai Duan di Mukah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kesemua kluster itu adalah kluster komuniti yang dikesan di rumah panjang.

Menurut kenyataan itu, kluster Sungai Anus dan kluster Selitut masing-masing melibatkan satu rumah panjang, kluster Sungai Passin melibatkan empat buah rumah panjang manakala kluster Sungai Duan melibatkan tujuh rumah panjang.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri itu kini sebanyak 49.

Hari ini Sarawak merekodkan 589 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 24,529 kes manakala jumlah kematian meningkat kepada 140 berikutan tiga kematian baharu dilaporkan hari ini.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan