BERITA COVID–19   PKP 3.0 tidak seketat PKP 1.0 kerana enggan rakyat susah | Varian baharu COVID-19 menular di beberapa negeri, masyarakat perlu terus patuh SOP | PKP 3.0 dijangka tidak beri impak signifikan kepada pertumbuhan ekonomi - Tengku Zafrul | COVID: Malaysia rekod 3,973 kes, 22 kematian - KP Kesihatan | Polis nafi kluster Jalan Canning berpunca dari aktiviti GRO | 
AM

KKMM mohon pengamal media diberi keutamaan suntik vaksin COVID-19 dalam fasa kedua

18/04/2021 03:57 PM

PUTRAJAYA, 18 April  -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengemukakan permohonanan agar pengamal media diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau telah meminta agar suntikan vaksin COVID-19 kepada pengamal media disegerakan kerana media juga adalah petugas barisan hadapan.

"Saya tangguhkan (suntikan) vaksin sebab ingin terima vaksin bersama-sama media. Bila saya dapat, media dapat dalam fasa kedua. Insya-Allah...kita telah minta supaya disegerakan sebab media juga frontliner (petugas barisan hadapan)," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang memberi keutamaan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya dan golongan berpenyakit kronik akan bermula esok di lapan negeri iaitu Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan