BERITA COVID–19   PKPD di dua lokaliti Sarawak ditamatkan | 440 individu ditahan ingkar SOP PKP semalam- Ismail Sabri | Pasar Awam Bagan Ajam ditutup tiga hari | COVID: Kes baharu 4,855 hari ini, Selangor kekal catat kes tertinggi | COVID-19: CPRC Kelantan tidak galak pengasingan di rumah | 
AM

COVID-19: Kompleks Seri Iman, Terengganu tutup tiga hari susulan 11 kes positif

14/04/2021 05:47 PM

KUALA TERENGGANU, 14 April -- Kompleks Seri Iman di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 di bangunan pusat pentadbiran tersebut.

Penutupan itu membabitkan enam premis pejabat di bangunan berkenaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. 

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata perintah penutupan premis itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembasmian kuman untuk mengawal penyakit berjangkit merebak. 

"Ia berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Setakat ini, terdapat 177 kes aktif COVID-19 di seluruh Terengganu dan kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan