Sabtu, 28 November 2020
AM
22/11/2020 06:26 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Saringan COVID-19 yang diwajibkan ke atas pekerja asing merupakan langkah yang bagus, namun Kementerian Kesihatan (KKM) harus terlebih dahulu menyelesaikan isu prosedur operasi standard (SOP) bagi ujian calitan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) yang dihadapi oleh doktor, kata Persatuan Perubatan Malaysia.

Presidennya Prof Datuk Dr M Subramaniam berkata ini bagi membolehkan ujian berskala besar dijalankan dengan lancar.

Selain itu, SOP yang menetapkan agar sampel positif COVID-19 dihantar ke hospital yang berkenaan menyebabkan berlaku kelewatan dan menambah kerenah birokrasi kerana pesakit yang dikesan positif menerusi RTK-Ag masih perlu menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) di hospital tersebut, katanya dalam kenyataan.

Pada 20 Nov lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju agar saringan kesihatan diwajibkan ke atas semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan menggunakan kaedah RTK-Ag.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata SOP agar pesakit positif COVID-19 diasingkan di klinik sementara menunggu ketibaan ambulans atau pegawai kesihatan daerah juga tidak praktikal kerana ada kes pesakit terpaksa menunggu lama, justeru sistem pengangkutan khusus untuk mereka perlu disediakan.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang pengkomersilan saringan COVID-19 yang meluas berikutan ada organisasi tidak berdaftar dengan pihak berkuasa menawarkan ujian itu. 

“Ramai orang tengah dan ejen tidak berkaitan penjagaan kesihatan terlibat dalam saringan selain ujian dijalankan di fasiliti yang tidak mengisytiharkan aktiviti itu  kepada KKM. Ujian mesti dijalankan oleh petugas kesihatan terlatih bagi mengelakkan pesakit berdepan risiko kecederaan, menghadapi isu kesihatan atau mendapat keputusan negatif palsu,” katanya.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan