Sabtu, 28 November 2020
22/11/2020 03:04 PM

PUTRAJAYA, 22 Nov -- Dua juruterbang warganegara Singapura dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah pesawat ringan kendalian mereka membuat pendaratan cemas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) (arah selatan) dekat Sedenak, Johor pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo berkata pesawat persendirian yang dikendalikan Premier Air Singapore itu sedang dalam penerbangan dari Senai ke Melaka semasa kejadian.

"Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor menerima panggilan pada 10.40 pagi daripada juruterbang pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru oleh kerana menghadapi masalah teknikal," katanya dalam kenyataan.

Voo berkata pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza itu telah dipindahkan ke lokasi yang tidak menghalang lalu lintas di lebuh raya.

Menurutnya pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan dan siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

-- BERNAMA



 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan