AM

NORHAYATI AHMAD DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, SETIAUSAHA EAIC

19/11/2020 01:38 AM

KUALA LUMPUR, 18 Nov  -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mengumumkan pelantikan Norhayati Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Setiausaha EAIC berkuat kuasa Isnin lepas.

Pengerusi EAIC Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Norhayati sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sejak 2017.

Beliau berkata Norhayati juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2015 hingga 2017) dan Timbalan Ketua Pengarah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (2014 hingga 2015).

“Norhayati menggantikan Mohamad Onn Abdul Aziz yang telah kembali bertugas ke Jabatan Peguam Negara pada 2 Mei lepas.

“EAIC mengucapkan tahniah dan yakin pelantikan ini akan dapat memperkasakan usaha dan komitmen EAIC dalam memartabatkan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan seliaan EAIC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan