AM

EAIC SELESAI SIASAT SUSPEK SINDIKET MACAU SCAM, JUDI DALAM TALIAN

04/11/2020 01:36 AM

KUALA LUMPUR, 3 Nov  -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah selesai menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang suspek sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian yang melarikan diri melalui pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 11 Okt lepas.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata semua pihak yang terlibat telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak EAIC.

“Dapatan siasatan dan keputusan EAIC telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara menurut perenggan 30(1)(c) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, pada 13 Okt lepas, SPRM mengesahkan seorang suspek sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan beberapa selebriti tanah air, bertindak melarikan diri ketika hendak ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Berikutan itu, pada 16 Okt lepas, polis mendedahkan butiran suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan tiga kes melibatkan penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya suspek disyaki adalah koordinator kepada aktiviti Macau Scam di China. 

Pada 27 Okt lepas, suspek telah ditahan mengikut POCA bersama-sama seorang wanita, dipercayai warga China, di hotel sebuah pusat peranginan di Pahang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan