Ahad, 05 Julai 2020
28/06/2020 07:18 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun  -- Berikut adalah makluman terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

 

1. Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan berita palsu bahawa pelajar tingkatan satu hingga empat akan kembali ke sekolah pada 12 Julai 2020 seperti yang sedang tular di media sosial.

2. Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menafikan kesahihan akaun telegram palsu MINDEF MALAYSIA mod.gov.my atau https://t.me/MINDEFMalaysia seperti yang tular di media sosial. MINDEF menjelaskan bahawa akaun telegram rasminya hanyalah "MINDEF UPDATE" yang boleh disertai di pautan https://t.me/joinchat/AAAAAFetrMrsJc2uFaY0AA.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan