Jumaat, 29 Mei 2020
AM
23/05/2020 11:38 PM

SINGAPURA, 23 Mei -- Pandemik COVID-19 lambat-laun akan berlalu, namun apa yang akan berkekalan adalah semangat Hari Raya, dan harapan kita bersama untuk masa depan yang lebih cerah, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam amanatnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Esok, 1 Syawal, menandakan cukup sebulan rakan-rakan Muslim kita berpuasa, dan sama seperti Ramadan yang berbeza kali ini disebabkan COVID-19, penyesuaian juga perlu dibuat bagi sambutan Hari Raya,” katanya dalam amanat beliau yang dipaparkan di laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata biasanya di pagi raya umat Islam akan ke masjid dan kemudian mereka kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara.

“Namun, tahun ini, mereka akan mendengar laungan takbir Raya dan khutbah oleh mufti negara menerusi radio dan media sosial dari rumah masing-masing.

“…. walaupun tidak bersama secara fizikal, keluarga Muslim memanfaatkan teknologi secara kreatif untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan ahli keluarga dan teman-teman di hari raya ini,” katanya dan beliau seterusnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Lee menamatkan catatannya dengan singkatan namanya ‘LHL’.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan