Rabu, 27 Mei 2020
AM
22/05/2020 10:25 PM

BANGKOK, 22 Mei -- Umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Ahad (24 Mei) kata Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon.

“Setelah disahkan yang anak bulan baharu tidak kelihatan lewat petang ini, maka hari pertama Syawal jatuh pada Ahad,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan malam ini.

Umat Islam Thai, majoritinya di selatan negara itu - Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla - akan meraikan Aidilfitri dalam normal baharu susulan pandemik COVID-19.

Solat sunat Aidilfitri hanya dibenarkan di masjid di kawasan yang tiada jangkitan dan perlu mengikuti garis panduan kesihatan yang ketat bagi membendung wabak.

Pada 17 Mei lalu, Aziz berkata anggota jemaah perlu memakai pelitup separuh muka, berwuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri.

Beliau juga berkata solat sunat Aidilfitri harus diringkaskan kepada 20 minit sahaja selain larangan mengadakan jamuan di masjid serta berkumpul bersama keluarga dan menziarahi kubur. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan