Selasa, 07 April 2020
25/03/2020 11:35 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Pihak yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menggunakan apa jua cara termasuk kekerasan bagi memastikan perintah itu dipatuhi, kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan. 

Katanya selain itu, pihak terlibat juga boleh menahan, mendakwa sehingga dihukum penjara atau dikenakan denda oleh mahkamah sebagaimana yang telah dilaksanakan.

“Kerjasama dengan pihak yang menguatkuasakan undang-undang khususnya Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) seperti petugas kesihatan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia), amatlah penting bagi memastikan langkah yang diambil oleh kerajaan demi menjaga nyawa rakyat, berkesan serta tidak sia-sia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media bertajuk ‘Rakyat Kelantan degil, polis akan ketatkan sekatan’.

Takiyuddin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mematuhi PKP yang telah dilanjutkan tempohnya sehingga 14 April.

“Saya berharap kesabaran kita menghadapi tempoh getir dan mencabar ini mampu menyelamatkan nyawa semua rakyat Malaysia daripada terus diserang virus COVID-19 yang amat berbahaya serta membawa maut ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan