KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Peminat sukan permotoran tanah air bakal disajikan dengan aksi hebat pelumba berbakat negara menerusi penganjuran Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) musim 2020 yang bakal membuka tirai pada April depan.
Kejuaraan kebangsaan yang merangkumi lima pusingan itu akan berlangsung secara eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dengan Pusingan Pertama pada 3-5 April.
Ia diikuti aksi Pusingan Dua pada 7-9 Ogos yang akan berlangsung serentak dengan Kejuaraan Asia Talent Cup.
Pusingan Tiga hanya akan menyenaraikan perlumbaan bagi kelas MSBK250 ekoran persamaan tarikh dengan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
Pusingan Tiga itu bakal menjadi sebahagian daripada perlumbaan pada saingan Pusingan Enam ARRC 2020 yang dijadualkan bermula pada 25-27 Sept.
Aksi penutup tirai bagi edisi 2020 bakal menyaksikan dua pusingan berlangsung serentak iaitu Pusingan Empat dan Pusingan Lima pada 16 hingga 18 Okt.
Berikut adalah kalendar Kejuaraan Superbike Malaysia 2020 :
Pusingan 1 3-5 April
Pusingan 2 7-9 Ogos
Pusingan 3 25-27 Sept
Pusingan 4 & 5 16-18 Okt
*Semua perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial