Khamis, 09 Julai 2020
EKONOMI
26/04/2019 10:32 AM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) --  Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) merancang untuk memperluaskan hab pusat usahawan berteraskan revolusi industri 4.0 - ‘Centre of Nine Pillars’ (CO9P) ke Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata hab di Sarawak itu akan dihubungkan dengan pusat usahawan yang lain di Universiti Putra Malaysia (pusat Teknologi UPM-MTDC) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MTDC) di Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Sabah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan IR4.0 di negeri itu.

“Kami perlu bekerjasama dan membina pakatan dan perkongsian strategik supaya sebagai sebuah negara kita boleh membangunkan industri 4.0 kita.

“Bakat tempatan kita akan menjadi faktor penting dalam membuka platform industri 4.0 di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhalim berkata pusat itu akan dilengkapi dengan alat dan peralatan yang diperlukan untuk membolehkan pembangunan konsep dan prototaip,  sebahagian kecil daripada penyelesaian kos import. 

Ia juga akan membolehkan MTDC mengenal pasti bakat tempatan, penciptaan dan pembangunan usahawan tekno bagi industri 4.0.

MTDC,  anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd adalah pemain utama dalam pengkomersialan dan pengurusan dana kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh.

Ia yang ditubuhkan pada tahun 1992 juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi oleh syarikat tempatan menerusi pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) tempatan atau pemerolehan teknologi asing.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan