BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
EKONOMI

MTDC, UNIMAS METERAI MOU BAGI PERTUKARAN PENGETAHUAN, PENGALAMAN DALAM INDUSTRI 4.0

15/09/2021 06:10 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept -- Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) pada Rabu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan dan pengalaman berkaitan Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (i4.0) antara kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata kerjasama itu bertujuan melengkapkan penuntut dan penyelidik Unimas dengan garis panduan, pengetahuan dan kemahiran i4.0 yang diperlukan.

“MTDC, dalam usaha untuk menyokong teknologi i4.0, penyelesaian dan pembangunan bakat tempatan, melihat penandatanganan MoU dengan Unimas ini sebagai perkongsian strategik dalam bidang teknologi, keusahawanan, khidmat nasihat, latihan industri penuntut dan pengambilan lepasan universiti sebagai pekerja.

“Kerjasama ini juga akan membolehkan MTDC bekerjasama dengan syarikat ekosistemnya untuk mula menaik taraf pusat-pusat di Unimas,” katanya dalam majlis penandatanganan MoU itu.

MoU yang ditandatangani oleh Norhalim mewakili MTDC dan Naib Canselor Unimas, Prof Datuk Mohamad Kadim Suaidi itu menunjukkan kerjasama antara MTDC dan Pusat Industri Universiti (UnIC).

MTDC akan bekerja dengan 100 usahawan yang merupakan penuntut dan penyelidik di Unimas pada suku pertama 2022.

Mohamad Kadim berkata kerjasama itu merupakan antara inisiatif untuk kalangan penuntut Unimas mencapai kecemerlangan pendidikan menerusi langkah mengoptimumkan sumber daripada kedua-dua pihak bagi mencipta peluang dan memenuhi cabaran yang ditimbulkan pandemik COVID-19.

Beliau berkata ia menepati Pelan Strategik Unimas 2021-2025 yang menumpukan kepentingan kerjasama dengan industri.

“Penubuhan UnIC pada 2020 adalah tepat pada masanya, memandangkan universiti diberikan tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk menjadi antara institusi penting dalam merealisasikan visi Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan