Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan pengurangan tekanan bekalan, kata seorang peniaga.
Pada masa ini, minyak mentah Brent menyusut sebanyak 1.13 peratus kepada US$109.97 setong.
Peniaga itu berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun susut pada Rabu apabila aktiviti torehan pokok getah bertambah baik di Thailand dan Afrika Barat yang menjejaskan harga semerta komoditi itu.
Beliau menambah sentimen turut terkesan disebabkan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan dan ketidaktentuan yang berterusan ekoran konflik di Asia Barat.
“Bagaimanapun, penurunan dihadkan oleh ringgit yang menyusut sedikit, keyakinan terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang bertambah baik, ekonomi China yang stabil dan harapan terhadap kemungkinan pelan damai di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat empat sen kepada 894 sen sekilogram, manakala lateks pukal menyusut lima sen kepada 770.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial