JENAYAH & MAHKAMAH

Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Tong Sampah Di Plentong

09/03/2026 11:56 PM

JOHOR BAHRU, 9 Mac (Bernama) -- Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Plentong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan bayi dalam keadaan tidak berpakaian dan dibungkus menggunakan beg plastik itu daripada penduduk, kira-kira 8.45 pagi.

"Bayi itu cukup sifat dan dalam keadaan bernyawa, yang telah disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. 

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes diminta menyalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Nur Hanis Mohamad Nafip melalui talian 018-7718919 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam 07-3864 222.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan