JENAYAH & MAHKAMAH

Pensyarah Wanita Ditemukan Lemas

12/10/2025 01:02 PM

CHUKAI, 12 Okt (Bernama) -- Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang sebuah hotel, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 7.10 malam.

Beliau berkata mangsa Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa mendaftar masuk hotel itu pada 4 petang hari sama.

"Mangsa dikatakan mandi bersama-sama suami pada 4.30 petang dan disedari lemas sejam selepas itu,” katanya.

Beliau menambah mayat mangsa yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Datuk Abd Halim Jusoh dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan