BUKIT MERTAJAM, 16 Okt (Bernama) -- Dua remaja perempuan yang dilaporkan sesat ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tokun, di sini ditemukan selamat oleh pasukan bomba selepas empat jam pencarian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11.59 pagi.
"Dua remaja berusia 18 tahun itu telah menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.
"Operasi mencari dan menyelamat berdepan sedikit kesukaran disebabkan faktor bentuk muka bumi serta jarak yang agak jauh untuk sampai ke lokasi mereka," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kedua-duanya dibawa turun ke kaki bukit dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi berkenaan, katanya tamat pada 4.45 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial