AM

Parlimen: Ahmad Zahid Ingatkan MP BN Bawa Suara Rakyat Secara Bertanggungjawab

11/10/2024 10:57 AM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen (MP) BN untuk memainkan peranan mereka dengan berkesan, pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt dengan membawa suara serta kepentingan rakyat secara bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pre-council BN semalam, sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Sidang Parlimen ke-15.

“Kestabilan politik adalah kunci kepada pembangunan negara dan kita perlu komited untuk terus mendukung usaha ini demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya.

Ahmad Zahid berkata pada pertemuan itu, beliau dan wakil rakyat BN telah mendengar pembentangan daripada Menteri dan Timbalan Menteri BN, mengenai isu-isu yang akan dibincangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

Pada sidang Parlimen kali ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan Madani 2025 pada 18 Okt.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan