AM

Agong Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-57 SPRM

01/10/2024 10:18 AM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena ulang tahun ke-57 suruhanjaya itu, hari ini.

Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena sambutan ulang tahun ke-57 agensi itu hari ini (1 Okt),” menurut catatan itu.

SPRM diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Okt 1967.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan