AM

API MARAK, ASAP TEBAL CETUS SUASANA PANIK DI GENTING HIGHLANDS

15/06/2024 12:50 AM

GENTING HIGHLANDS, 14 Jun (Bernama) -- Api marak dan asap tebal yang menyelubungi kawasan bangunan di taman tema Genting Highlands mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung.

Seorang pengunjung Hafiz Abdul Halim, 42, berkata perasaan takut mula timbul apabila menyedari terdapat kebakaran di tingkat dua bangunan di taman tema itu.

“Kita sudah tentu panik apabila dengar orang jerit sana sini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Menurutnya pihak polis yang bertugas meminta orang ramai untuk meninggalkan premis dan keluar ke lokasi yang lebih selamat.

Seorang pekerja restoran Adrian Wong, 32, berkata semua petugas di premis itu termasuk orang awam diarahkan mengosongkan premis ekoran kebakaran pada petang tadi.

“Mereka meninggalkan segala urusan untuk selamatkan diri,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa dalam kenyataan berkata api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.30 petang tadi.

Beliau berkata tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

Terdahulu Pusat Gerakan Operasi JBPM Pahang memaklumkan menerima laporan berkaitan insiden itu pada 4.55 petang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan