AM

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN HADIR MAJLIS JAMUAN TEH

15/06/2024 12:44 AM

MELAKA, 14 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang pada Majlis Jamuan Teh di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Dataran Pengkalan Rama pada 5.30 petang itu disambut oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan barisan kepimpinan kerajaan Melaka.

Turut memeriahkan majlis ialah Duta Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) Fan Bing Bing.

Majlis itu juga turut dihadiri kira-kira 1,200 rakyat termasuk 500 asnaf terpilih dari Melaka Tengah yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima cendera kenangan daripada Kerajaan Negeri Melaka yang berupa lukisan.

Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir satu jam bersama hadirin sebelum berkenan berangkat mengadakan lawatan di sekitar Bangunan Merah Stadthuys di Banda Hilir.

Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat itu diadakan bersempena dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong selama dua hari ke Melaka bermula hari ini.

Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat merasmikan Pameran Hang Tuah, Pameran Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 pada esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Sultan Ibrahim kemudian dijadualkan hadir ke Majlis Santapan Malam dan Persembahan Muzikal Gita Citra di Encore Impression City Melaka.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan