DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

13/06/2024 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi hari ini selepas mencatatkan penurunan selama tiga hari berturut-turut.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024, September 2024 dan Disember 2024 naik 2.5 mata masing-masing kepada 1,612.5, 1,602.5 dan 1,606.5, manakala Julai 2024 meningkat 2.0 mata kepada 1,617.0. 

Jumlah dagangan, bagaimanapun, merosot kepada 3,714 lot daripada 5,297 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka turun kepada 46,380 kontrak daripada 48,304 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 1.22 mata kepada 1,610.17 daripada 1,608.95 pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan