GEORGE TOWN, 18 Julai (Bernama) -- Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Tanjung Tokong berhampiran sebuah kondominium di sini, Isnin lepas.
Jabatan Perikanan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima laporan penemuan bangkai ikan lumba-lumba spesies finless porpoise itu daripada orang awam sebelum Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Pulau Pinang bergegas ke tempat kejadian.
"Ikan lumba-lumba itu berukuran kira-kira 1.4 meter panjang.
“Pihak Jabatan Perikanan negeri juga merekodkan data berhubung penemuan ikan itu," menurut Jabatan Perikatan Pulau Pinang dalam kenyataan menerusi Facebooknya.
Bangkai ikan lumba-lumba itu ditanam di kawasan berhampiran untuk tujuan pelupusan manakala jabatan berkenaan mengalu-alukan kerjasama orang awam berhubung sebarang aduan berkaitan kematian mamalia marin di perairan negeri itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial