BERITA TERGEMPAR | Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | |
SHAH ALAM, 13 Dis (Bernama) -- Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa bayi berkenaan hari ini dan kes diklasifikasikan di bawah kertas inkuiri polis bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah.
"Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam untuk menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam isu ini serta menangani perkara ini dengan sebaik mungkin," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata dakwaan yang tidak disahkan berpotensi menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sekali gus menyeru masyarakat agar tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat yang mampu menimbulkan kegusaran awam.
"Semua pihak diharap bersabar bagi menunggu hasil siasatan yang sebenar," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial kisah jenazah bayi lelaki itu yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial