IPOH, 12 Dis (Bernama) -- Sepasukan bomba menyelamatkan empat individu yang terperangkap dalam kejadian air deras ketika melakukan aktiviti memancing di bawah Jambatan Raja Permaisuri Bainun Sitiawan, pada awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
"Empat mangsa terdiri dari dua lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa terperangkap di bawah jambatan tersebut sewaktu sedang melakukan aktiviti memancing.
"Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati paras air setinggi parah lutut dan air semakin naik dan deras," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata ketua operasi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan kemudian membuat size up di lokasi dan mengarahkan anggota untuk menurunkan bot dari jeti yang berdekatan dan membuat penyelamatan.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial