JENAYAH & MAHKAMAH

Warga Emas Hilang Selepas Keluar Rumah

12/10/2025 04:09 PM

BALING, 12 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata warga emas dikenali sebagai Abd Razak Abd Rahman, 88, dikatakan keluar dari rumahnya pada 8 pagi semalam.

"Warga emas berkenaan dipercayai berjalan meninggalkan rumahnya dan dia dikatakan uzur dan mempunyai masalah ingatan (mudah lupa).

"Ciri-ciri fizikal orang hilang ialah berketinggian 140 sentimeter, berat anggaran 50 kilogram, berambut putih, berkulit coklat, bulu kening halus, berjanggut serta misai putih dan berbadan bongkok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata aduan mengenai kehilangan warga emas itu telah dibuat oleh waris pada 4.25 petang semalam.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan