KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Caltex Malaysia mengumumkan beberapa stesen minyaknya di lima negeri mungkin mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan diesel bagi tempoh beberapa hari akan datang bermula semalam.
Dalam satu hantaran di Instagram, Caltex memaklumkan negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.
Syarikat berkenaan menjelaskan gangguan itu berpunca daripada kelewatan luar jangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran bahan apinya.
Ia menambah bahawa usaha sedang giat dijalankan untuk memberi keutamaan kepada pengedaran dan meminimumkan tempoh gangguan.
Caltex turut memohon maaf berhubung segala kesulitan dan berterima kasih kepada pelanggan di atas kesabaran serta pemahaman mereka.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial