KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
Ketika ditutup, Jun 2025 melonjak 12.5 mata kepada 1,508.5 dan Julai 2025 naik 12.0 mata kepada 1,506.0, manakala September 2025 meningkat 11.0 mata kepada 1,486.0 dan Disember 2025 menambah 10.0 mata kepada 1,490.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 17,020 lot daripada 7,082 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55,359 kontrak daripada 44,764 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.92 peratus atau 13.87 peratus kepada 1,516.61 daripada 1,502.74 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial