AM

Sultan Selangor Berkenan Sertai Larian Kita X Pesta Kelaut

20/07/2025 12:45 PM

BANTING, 20 Julai (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin berkenan menyertai Program Larian KITA X Pesta Kelaut@Pantai Kelanang 2025 di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada 7.30 pagi disambut oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Sultan Sharafuddin kemudian berkenan melepaskan lebih 1,000 peserta larian melibatkan dua kategori, iaitu 5 kilometer (km) dan 3 km sebelum turut sama menyertai larian berkenaan.

Dalam pada itu, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat reruai pameran yang disertai pelbagai agensi kerajaan serta usahawan tempatan.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin turut mencemar duli menyaksikan Pertandingan Sukan Rakyat Pesta Kelaut 2025 antaranya pukul bantal, panjat tiang licin, tarik tali pantai dan boling kelapa sebelum berangkat pulang.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan