AM

Unifi Business Terus Sokong PMKS Tempatan, Raikan Hari PMKS Sedunia 2025 Di Pantai Timur

18/07/2025 12:15 PM

KUANTAN, 17 Julai (Bernama) -- Unifi Business meneruskan kempen tahunan #SapotLokal dan #BelanjaDiSME sempena Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sedunia 2025, dengan menjadikan Bazar Serambi Teruntum di sini sebagai destinasi kedua dalam siri jelajah Pantai Timur tahun ini.

Naib Presiden Unifi Business Dr Mohamad Yusman Ammeran berkata kempen yang memasuki tahun keempat penganjuran itu bertujuan memperkasakan usahawan PMKS serta menggalakkan rakyat Malaysia menyokong produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan digital.

“Ramai usahawan mikro dan kecil kini berjaya melangkah ke era digital. Daripada gerai kecil ke platform e-dagang, daripada tunai kepada dompet digital dan daripada promosi manual ke pemasaran digital. Inilah wajah baharu PMKS Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siri jelajah kali ini dimulakan di Bazar Siti Khadijah, Kota Bharu pada 23 Jun lepas, diikuti Bazar Serambi Teruntum pada 12 Julai dan diteruskan ke lokasi terakhir di Pasar Kedai Payang 1, Kuala Terengganu pada 16 Julai.

Sebagai rakan digital pilihan, Mohamad Yusman berkata, pihaknya menawarkan penyelesaian komprehensif kepada usahawan PMKS termasuk perkhidmatan jalur lebar, mudah alih dan pelbagai penyelesaian digital.

“Usahawan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat melalui 84 konsultan atau pakar runding Unifi Business di seluruh negara serta mengakses bahan rujukan dan panduan perniagaan di laman Unifi Business Club ubc.unifi.com.my,” katanya.

Bersempena Hari PMKS 2025, Mohamad Yusman berkata usahawan PMKS juga berpeluang menyertai program LEAP di University of Oxford, United Kingdom selama seminggu, melalui peraduan #UnifiBusinessTakeMeToOxford.

Beliau berkata dua usahawan bertuah berpeluang memenangi hadiah utama peraduan #UnifiBusinessTakeMeToOxford iaitu menyertai program LEAP itu, selain hadiah menarik seperti penyelesaian bundle Unifi Business Go Bookit, sebuah telefon pintar 5G percuma serta kelas eksklusif bersama tokoh usahawan ternama Pinn Yang.

“Para usahawan hanya perlu mempromosikan perniagaan mereka di media sosial dengan menggunakan #BelanjaDiSME, #SapotLokal dan #UnifiBusinessTakeMeToOxford dari 23 Jun hingga 31 Julai 2025 di platform TikTok dan Facebook,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melancarkan Program Impak Biz pada bulan ini, yang membantu para usahawan menilai tahap digitalisasi perniagaan mereka.

“Usahawan yang menyertai tinjauan dalam talian berpeluang menikmati perkhidmatan pemasaran kreatif secara percuma serta akses kepada pembiayaan perniagaan dengan kadar istimewa,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Yusman berkata usahawan juga berpeluang memiliki telefon Pintar Samsung Galaxy A16 secara percuma, apabila mereka mendaftar pelan UNI5G Business 69 dengan data dan panggilan tanpa had dan kelajuan muat turun 5G terpantas di Malaysia, serendah RM69 sebulan.

“Kami turut menawarkan produk GO Bookit Solution iaitu sistem pengurusan janji temu lengkap dengan pelan UNI5G Business 99, termasuk telefon pintar Samsung Galaxy A16 5G percuma sesuai untuk usahawan mikro dengan hanya RM3.30 sehari,” katanya.

Untuk maklumat lanjut layari biz.unifi.com.my/gobookit dan biz.unifi.com.my

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan